Pempengaruh media sosial dan model muslimah, Elcah Hasha mendakwa dirinya telah diceraikan selepas lapan hari mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Menerusi perkongsian di sosial media, dia memuat naik pesanan suara (voice note) lafaz talak dikirim bekas suaminya hanya melalui aplikasi WhatsApp.
Menurut ceritanya kepada usahawan kosmetik, Anas Zahrin, bekas suami Elcah mengajaknya berpoligami selepas dikatakan terlanjur dengan seorang wanita yang kini mengandungkan anaknya.
“Abang (Anas), adik (Elcah) tak tahu selama ni. Adik dah cuba untuk bertahan, tapi dia tak pernah nak jaga hati adik sampailah semalam (kelmarin) dia cakap pasal baby semua.
“Adik tahu adik susah nak pregnant, tapi adik masih boleh terima jika perempuan tu pregnant. Akan tetapi, dia sanggup suruh adik berpoligami dengan dia pula.
“Siapa saja sanggup nak berpoligami kalau baru lapan hari kahwin?” dedahnya.
Sementara itu, dia memberitahu tidak pernah mengetahui tentang hubungan sulit bekas suaminya dengan wanita terbabit.
Untuk rekod, Elcah pernah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata, namun ia berakhir dengan perceraian. – JURNAL