Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, terbakar, kira-kira 10 pagi, hari ini.
Kejadian ini adalah insiden kali kedua berlaku di bangunan sama. Sebelum ini, kebakaran dilaporkan di bangunan itu pada 12 Februari 2018.
@jurnal.malaysia Harap tiada yang tercedera dalam kebakaran ni🤲🏻 #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #viral #trending #fyp #api #6tahun #kwsp #terbakar ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.39 pagi.
“Kebakaran melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5 bangunan KWSP itu. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada jam 11.08 pagi.
“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan ketua balai berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bangunan yang sama pernah mengalami kebakaran besar pada 2018. – JURNAL