Aksi sekumpulan wanita menari separuh bogel dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mencetuskan kekecohan di media sosial.
Menerusi perkongsian klip video di TikTok menunjukkan beberapa wanita dengan pakaian menjolok mata menari diiringi lagu di hadapan kedai ‘Buy & Save’.
@ahsanrobi7 sei dance #foryou #malaysia ♬ original sound – 💥🇧🇩 AHSAN ROBI 🇲🇾💥
Trend menari yang dipanggil sebagai ‘ki dance re vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai mempersoalkan bagaimana acara tersebut diberi kelulusan untuk diadakan terutama di tempat awam.
“Bala apa pula nak jadi lepas ni?”, kata seorang warga TikTok.
“Hebat Malaysia sekarang! Dulu tak adalah terbuka macam ni…,” komen yang lain pula.
“Ada permit ke tu? Mohon pihak berkaitan siasat dan tolonglah pantau warga asing ni semua, makin menjadi-jadi!,” komen seorang lagi.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan mengenai penganjuran acara tersebut. – JURNAL