Video tular seorang pemuda membacakan talkin tanpa teks semasa pengebumian Allahyarhamah neneknya menarik perhatian warga net yang memuji kebolehan lelaki itu.
Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, bacaan talkin pemuda itu buat Allahyarhamah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, turut membuatkan mereka yang menyaksikan turut sebak dan meruntun hati.
Dalam video tersebut, lelaki itu kelihatan tabah membacakan talkin di sisi ahli keluarga serta saudara terdekat sambil menahan diri daripada menitiskan air mata.
“Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini adalah talkin kepada kita semua.
“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.
@jurnal.malaysia Allahu, talkin yang sangat memberi kesan buat kita semua yang masih hidup🥺 p/s : minta halalkan video yang kami ambil ya. • 📹 Kredit : Detektif Wan • “ Untuk kredit atau apa-apa berkenaan video, sila DM min dulu ya 🙏 “ • #jurnal #jurnalmalaysia #news #current #1st #no1 #video #celebrity #personality #leader #star #idol #icon #local #global #viral #trending #fyp #tular #sebak #insaf #arwahnenek #talkin ♬ original sound – Jurnal Malaysia
“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong.
“Berapa ramai adik-beradik, yang bertelagah, berapa ramai adik beradi berpecah belah, sedangkan mereka tidak tahu esok mereka juga akan menghadap kepada Allah SWT. Seperti mana juga nenek kami, dan juga ibu kami, dia juga tidak tahu bahawasanya dia bakal pergi pada hari ini,” kata pemuda itu. – JURNAL