Kanak-kanak yang penah tular sebelum ini, dikenali sebagai Ammara sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun momen kali ini mungkin antara yang paling berharga buat Ammara keraba YDPA mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya untuk menyapanya.
Selain itu, YDPA turut perkenan untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama Ammara yang anggun mengenakan busana khas untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai.
Seri Paduka kemudian turun dari kenderaannya selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan.
Sebelum ini, kisah Ammara pernah tular di media sosial apabila dia telah dimarahi oleh gurunya di sekolah ketika sambutan Hari Kemerdekaan.
BACA: [V] Guru Diselar Padam Solekan Anak Murid Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah
Difahamkan, Ammara dimarahi kerana mengenakan solekan ketika hadir ke sekolah.
Bukan itu sahaja, guru tersebut turut bertindak memadam solekan pada wajahnya menggunakan kain.
Malah, bapa kepada Ammara yang dikenali sebagai Shazliey mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.
Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyifatkan momen Ammara bertemu dengan Seri Paduka sebagai ganti kepada kesedihannya.
Dalam masa sama, wargamaya turut menumpang gembira melihat wajah ceria yang ditunjukkan Ammara. – JURNAL