Satu kerjasama terjalin di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan KRU MasterClass bagi merealisasikan program Latihan i-Digital Broadcast Journalism di bawah Kementerian Pengajian Tinggi KPT PENJANA – Career Advancement Program (CAP).
Program ini direka khas bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan graduan institusi pengajian tinggi awam.
Dengan penglibatan seramai 30 pelatih akan mempelajari pelbagai modul dari industri seperti penerbitan dan suntingan video serta audio, penyiaran dan kewartawanan, mobilegraphy, undang-undang kandungan media, portal berita dalam talian dan penulisan skrip.
Datuk Norman Abd Halim selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU MasterClass sempat meluangkan masa berkongsi pandangan dalam penulisan artikel dan penerbitan kandungan.
Antaranya adalah dari segi kesahihan fakta, ketetapan bilangan teks untuk sesebuah artikel serta mencari topik yang menarik untuk mencuri perhatian para pembaca dalam menghasilkan artikel.
Dengan demikian, melalui penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan
perkongsian pengalaman pengajar sekaligus membuka peluang pekerjaan selepas tamat.
Program ini juga adalah peluang terbaik kepada graduan untuk meningkatkan nilai tambah selain kemahiran insaniah yang diperoleh ketika menimba ilmu di institusi pengajian tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) di atas penganjuran ini dan syabas kepada KRU MasterClass. – JURNAL