Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mahu melonjakkan bisnes dalam masa ini dijemput menghadiri Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya anjuran RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).
Menurut Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, klinik usahawan tersebut ditaja sepenuhnya melalui Geran Bimbingan Perniagaan yang bernilai RM3 juta bagi manfaat seramai 6,000 bangsa usahawan di negara dalam tempoh tiga bulan.
Katanya lagi, RichWorks memberi fokus kepada usahawan yang serius untuk bangkit dan transformasi bisnes mereka dalam apa jua keadaan ekonomi.
“Inisiatif ini digerakkan selepas kami menerima banyak maklum balas dan perkongsian usahawan di luar sana yang buntu bila berdepan masalah menyebabkan bisnes mereka mula jatuh.
“Jika masalah ini tak ditangani segera, tak mustahil bisnes mereka boleh jatuh dan tersungkur,” katanya ketika majlis Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 Juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya hari ini.
Dalam masa sama, Azizan turut mengumumkan program khas, 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) untuk bimbing perkembangan bisnes usahawan yang akan diadakan secara langsung di dewan sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 September nanti.
Tambah Azizan, meskipun ada usahawan terkesan namun masih ada usahawan lain yang berkembang jauh lebih baik berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Inilah yang berlaku kepada sebahagian anak didik RichWorks yang dibimbing ada dari kosong, ada yang bertahun ‘tersangkut’ pada tahap sama berjaya alami pertumbuhan bisnes luar biasa hingga hari ini.
“Klinik usahawan ini akan dibuka selama tiga bulan dengan kos latihan termasuk penilaian perniagaan berserta buku Perjalanan Satu Juta Pertama akan diberikan melalui geran bimbingan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azizan mengulas situasi ekonomi sekarang, sebenarnya seseorang usahawan itu mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu bahkan sehari bila tahu caranya dalam apa jua keadaan.
“Dalam keadaan mencabar sebenarnya peluang untuk mereka bangkit dan bergerak lebih jauh lagi.
“Namun tiada siapa boleh bantu ubah bisnes mereka, jika diri sendiri tak nak dan komited untuk mencapai matlamat itu,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, bangsa usahawan boleh layari laman sesawang
www.richworks.com/satujutapertama
Untuk rekod, Richworks International Sdn Bhd merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan di Malaysia yang holistik terutama dalam bidang penjenamaan dan pemasaran, kepimpinan dan kewangan perniagaan dengan kini sedang memfokuskan kepada business coaching & perundingan khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Dr. Azizan dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina ribuan usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 hingga 24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. – JURNAL