Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu dipercayai akibat jangkitan.
Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, bagaimanapun memaklumkan kehadiran Mahathir di IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.
Malah menerusi ciapan di Twitter beliau, turut memuat naik dua keping foto sedang meneliti beberapa dokumen.
AUG 3, 2023 – Tun Dr Mahathir bin Mohamad writing and going through some files at his hospital ward at the Institut Jantung Negara on Thursday. Dr Mahathir was admitted on Tuesday and treated for infection.
Picture by Office of Tun Dr Mahathir bin Mohamad pic.twitter.com/Di6eH7lYkp
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 3, 2023
Difahamkan keadaan beliau juga baik tidak seperti yang dilaporkan sebuah portal sebelum ini yang mendakwa kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam keadaan membimbangkan.
Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif. – JURNAL