Kawasan Perkelahan di Jeram Air Putih, Kemaman, akan ditutup sementara daripada dikunjungi orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri meminta semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) memasang tali amaran dan papan tanda pemakluman.
Katanya, papan tanda amaran dan tali khas amaran perlu dipasang sebagai pemakluman kepada pengunjung.
“Kita tutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Air Putih, Kemaman.
“Orang ramai juga diminta sentiasa berwaspada dengan fenomena kepala air yang sering berlaku di kawasan perkelahan,” katanya.
Dalam kejadian semalam, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari FELDA Lepar Hilir, Kuantan, Pahang yang berkelah di Jeram Air Putih, dihanyutkan arus deras kepala air.
Tujuh mayat mangsa disebabkan fenomena kepala air ditemui hari ini.
Setakat ini sembilan orang termasuk dua beranak ditemui semalam.
Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alor Limbat, berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluar mangsa. – JURNAL
Sumber: BH ONLINE