Isteri pertama kepada Rosland Othman atau madu kepada Miera Leyana meluahkan rasa terkilannya apabila dihalang melawat anaknya, Anisa, 12, yang kini sedang dirawat di hospital.
Adibah Abdul Mutalib ketika ditemui mengatakan, sudah sebulan Anisa diambil oleh keluarga suaminya dan selama itu jugalah dia tidak bertemu anaknya.
BACA: Tekad Pertahankan Masjid Dibina 28 Tahun, Madu Miera Leyana Tuntut Suami Lebih Adil
BACA: Madu Miera Leyana Syukur Mahkamah Kekalkan Hakim Asal Dengar Prosiding Kes Nusyuz
“Dalam tempoh sebulan ini, kami hanya dapat berhubung menerusi WhatsApp sahaja. Tidak lama kemudian, barulah saya tahu Anisa dimasukkan ke Hospital KPJ Damansara akibat sukar membuang air besar.
“Pada 3 Mac hari tu, saya bersama sepupu perempuan Rosland telah pergi ke hospital, tetapi tidak dapat berjumpa Anisa.
“Masa sepupunya membuka pintu bilik untuk masuk ke wad, saya sempat melihat Anisa dari jauh.
“Tidak lama selepas itu Rosland keluar dari wad dan memberitahu Anisa tak nak jumpa saya.
“Ketika itu saya rasa lemah sangat. Nak lawat anak sendiri tengah sakit pun kena merayu.
“Tolonglah bagi saya jumpa Anisa…” rayu Adibah kepada Rosland agar diizinkan bertentang mata dengan anak keempatnya itu.
BACA: Bukan Setakat Sekat Nombor Telefon Madu, Suami Miera Leyana Turut ‘Culik’ Anaknya
Ibu kepada lima orang anak itu berkata demikian sewaktu ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya semalam.
BACA: Anak Tiri Miera Leyana Dedah Sikap Bapa Selepas Berpoligami – “Kenapa Ayah Berubah?
Hadir bersama dua anaknya, Adibah menyatakan kehadiran mereka berkaitan urusan pelantikan peguam syarie berhubung sebarang kes pada masa akan datang. – JURNAL
Sumber: HARIAN METRO