Selepas sempat dihentikan operasinya selama beberapa jam, TikTok kini kembali menjadi kegemaran pengguna di Amerika Syarikat. Lebih 170 juta pengguna platform tersebut menyambut baik kembalinya aplikasi ini dengan video kreatif menggunakan hashtag seperti #TikTokIsBack.
“Ia merupakan 11 jam terpanjang,” tulis A1saud, menggambarkan pengalaman mereka semasa aplikasi itu dihentikan sementara.
Terdahulu, TikTok dihentikan operasinya pada Sabtu malam akibat isu keselamatan negara. Namun, Presiden Donald Trump memberikan jaminan menangguhkan larangan tersebut, membolehkan pengguna kembali menikmati platform itu tanpa halangan.
Kembalinya TikTok ini semestinya mencetuskan kegembiraan di kalangan pengguna, membuktikan betapa aplikasi ini menjadi sebahagian daripada kehidupan digital masyarakat hari ini. – JURNAL