Biarpun sudah memasuki dua minggu kontroversi mengenai perkahwinan kali kedua bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin dengan Fyna Jebat, ia masih hangat diperkatakan netizen.
Bertambah panas apabila tular mengenai pertelingkahan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu, baru-baru ini.
Tinjauan JURNAL di media sosial mendapati, anak-anak kepada Zainal mula bersuara seakan memberi bayangan tidak bersetuju apabila ibu mereka dimadukan.
Anak perempuan Zainal dikenali sebagai Zahira Aisyah telah memuat naik kandungan video di aplikasi TikTok dan Facebook meluahkan rasa sayang terhadap ibunya dan menegaskan tiada sesiapa dapat menggantikan tempat wanita kesayangannya itu.
“No one could ever compare to you, no one could ever replace you. I love you forever my beautiful and strong mama, i miss you,” luahnya.
@nzaisyahhhno one could ever compare to you, no one could ever replace you. i love you forever my beautiful and strong mama ❤️🥰♬ Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri
Sementara itu, salah seorang anak lelaki Zainal dikenali sebagai Zaifiq turut memuat naik semula kandungan tersebut di akaun peribadi Facebooknya.
Menerusi beberapa hantaran berbeza, Zaifiq atau nama sebenarnya, Muhammad Zaifiq Abidin meluahkan perasaan dilaluinya ketika ini.
Antaranya hantaran yang menyebut tidak semua apa yang dilaporkan media bersifat sahih berhubung perkahwinan bapanya dengan Fyna.
Zaifiq juga memuat naik sekeping foto adik-beradiknya mencium pipi ibu tersayang yang selama ini telah bertungkus lumus membesarkan dan mendidik mereka.
“Biar gambar berbicara,” demikian coret Zaifiq sebagai kapsyen foto yang dikongsi.
Selain itu Zaifiq turut berkongsi kata-kata berbunyi: “Curang di belakang orang yang baik umpama mencampak berlian dan mengutip kotoran.” – JURNAL