Muslim World Biz tahun ini akan menganjurkan acara tahunan The Muslim World Summit 2023, yang akan diadakan pada 1 dan 2 September 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia.
Acara penganjuran bersama OIC International Business Centre ini akan menghimpunkan wanita-wanita dari seluruh dunia, bagi meneroka potensi baharu, serta peluang untuk mengembangkan kebolehan wanita, dalam memacu kemajuan sosial dan ekonomi.
Selain itu, acara ini turut mendapat kerjasama The Islamic Centre for Development of Trade (ICDT) yang berpangkalan di Morocco yang merupakan subsidiari Organisation of Islamic Cooperation (OIC).
Bertemakan ‘The Powerful Women Next Generation Vanguard of Feminine Power,’ barisan panel persidangan akan berkongsi wawasan, pengalaman, dan strategi mereka untuk meningkatkan status ekonomi wanita di seluruh dunia.
The Muslim World Women’s Summit 2023 merangkumi acara-acara seperti di bawah:
1. The Muslim World Women’s Summit 2023
2. World Islamic Fashion Conference 2023
3. The Muslim World Rania Award 2023
4. Exhibition Zone
The Muslim World Women’s Summit 2023 dijangka disertai oleh pemimpin-pemimpin, usahawan, ahli akademik dan delegasi-delegasi dari negara-negara OIC.
“Peranan dan penyertaan wanita sangat penting di dalam membantu pembangunan sesebuah negara.
Presiden The Muslim World Women’s Summit 2023, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyeru penglibatan wanita dari pelbagai latar belakang untuk memperkasakan lagi program ini.
“Dalam usaha untuk memperkasakan lagi agenda ini, saya ingin menyeru penglibatan semua wanita dari pelbagai latar belakang untuk bersatu dalam memacu kemajuan dan sosial ekonomi negara,” katanya.
Sementara itu Pengerusi The Muslim World Women’s Summit, Dr Laila Rani Datuk Dr Raja Mohamad, berkata acara tersebit dianjurkan bagi meraikan sumbangan wanita.
“Kami berbesar hati untuk menganjurkan acara ini bagi meraikan sumbangan wanita dan membuka peluang kepada golongan wanita bagi membina rangkaian dan hubungan dengan wanita-wanita yang berprofil tinggi serta pemimpin-pemimpin wanita dari negara OIC.
“Persidangan ini juga diharap menjadi pemangkin kepada perubahan transformatif disamping mempromosikan kebajikan dan kemajuan wanita dalam masyarakat kita,” katanya.
Berikut adalah beberapa fakta penting berkenaan The Muslim World Women’s Summit 2023:
• 30 negara yang mengambil bahagian – Malaysia, Iran, Indonesia, Brunei, Jordan, Oman, Mauritius, Maldives, UAE, Korea, Japan and Thailand.
• 4,876 meter persegi ruang pameran – Zon pameran akan merangkumi 2 dewan di Kuala Lumpur Convention Centre.
• Lebih 200 gerai pameran – pelbagai produk dan perkhidmatan akan dipamerkan kepada semua pengunjung.
• 15,000 pengunjung – The Muslim World Women’s Summit 2023 disertai oleh negara-negara anggota OIC.
The Muslim World Women’s Summit 2023 terbuka kepada peserta dari semua latar belakang yang mempunyai matlamat yang sama dalam memperkasakan ekonomi wanita.
Persidangan ini menjemput semua pegawai-pegawai kerajaan, NGO, pemimpin korporat, ahli akademik dan semua individu yang berminat untuk mengambil bahagian.
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang acara The Muslim World Women’s Summit 2023, sila layari laman sesawang www.muslimworldbiz.com – JURNAL