Sehingga jam 4.05 minit petang tadi, angka korban tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, meningkat seramai 24 orang.
BERNAMA melaporkan jumlah tersebut selepas penemuan terbaharu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata, setakat ini pasukan penyelamat masih berada di lokasi untuk mencari sembilan lagi mangsa.
Setakat ini kesemua mayat yang ditemui dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam sidang medianya berkata, pihaknya memerlukan penambahan jengkaut untuk mempercepatkan usaha pencarian.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm akan dipanggil beri keterangan bagi membantu siasatan – JURNAL
Sumber: BERNAMA