Usaha dan kesungguhan pasti membuahkan hasil dalam mengubah nasib seseorang dalam segala aspek kehidupan termasuklah taraf eknomi serta kesihatan diri.
Bermula dengan bekerja sebagai tukang kebun dan berniaga kecil-kecilan, Tajudin Awang tak pernah lelah mencari peluang mangubah nasib diri dan keluarga.
“Bagi saya usaha dan kesungguhan penting. Saya tidak pernah bermimpi untuk berasa selesa dalam hidup di usia sebegini.
“Allah Maha Baik, kalau kita rajin dan pandai cari peluang kita pasti akan dapat dan dipermudahkan urusan,” katanya.
DXN menjadi detik pemula buatnya mendapat laluan hidup yang lebih baik sekitar tahun 1996 meskipun pada awalnya tidak mendapat sambutan.
Dia berkata, sokongan dingin pada awalnya mula berubah apabila dia mempersiapkan diri dengan produk DXN yang dijual.
“Alhamdulillah masalah gout serius dan kencing manis yang serius sejak tahubn 1989 semakin baik.
“Bila kita sendiri bebas dari penyakit itu menjadi testimoni terbaik apabila saya amalkan dua produk utama RG dan GL,” katanya.
Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DXN, Datuk Dr. Lim Siow Jin berkata, beliau melihat kesungguhan Tajudin sejak dari awal mereka bertemu.
Katanya, rajin berusaha dan jujur dalam setiap perkara dilakukan adalah rahsia Tajudin berada di tempatnya sekarang.
“Beliau (Tajudin) seorang yang bekerja keras dan jujur. Sebab itulah dia boleh berjaya macam sekarang. Satu lagi kuncinya ialah tidak cepat putus semangat.
“Tajudin juga seorang yang mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Dalam perniagaan ini kita perlu sentiasa bekerjasama kerana kita saling memerlukan,” katanya.
Tambah Lim lagi, permulaan Tajudin dalam perniagaan DXN, beliau tidak pandai berbahasa Inggeris pun, namun kerana semangat dan keyakinan diri yang tinggi, beliau kini bergelar usahawan berjaya dan telah menjelajah ke seluruh dunia.
“Awal-awal dulu dia tak pandai pun cakap bahasa Inggeris. Terapi beliau ada iltizam yang tinggi, dan akhirnya menjadi usahawan yang dah pergi ke seluruh dunia.
“Dalam DXN, kita akan sentiasa membantu kerana kita mahu tengok semua usahawan kita berjaya membina empayar sendiri,” katanya.
Imbas kembali, permulaan tahun 2000 memberikan suasana baru dalam hidup Tajudin yang layak ke Australia serta mula dijemput berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa.
Beliau mula bercakap di hadapan lebih 3,000 orang mengenai produk meskipun tidak lancar berbahasa Inggeris.
“Dijemput kongsi pengalaman di India, tak pernah cakap Inggeris. Sedikit kucar kacir tapi mendapat sambutan luar biasa.
“Saya masih ingat kenangan di Goa, India saya sebagai speaker terakhir buat perkongsian tak tau perkataan nanah dalam bahasa Inggeris jadi saya sebut “ yellow yellow water “ come out from my eye. Seluruh peserta ketawa,” katanya.
Namun siapa sangka, anak kelahiran Wang Tepus, Kedah ini sudah dikenali dan menguasai pentas jemputan usahawaN DXN termasuk di Singapura, Brunei , Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh, Nepal, UAE, Arab Saudi, Oman , Qatar, Kuwait, Bahrain dan lain lain.
Tajudin berkata DXN pilihan tepat kerana dirinya mendapat pulangan lumayan menerusi bonus dan bebas dari penyakit. – JURNAL