Seorang lelaki yang menyerang Kamal Adli dalam kejadian di Singapura pada Ahad lalu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki berusia 33 tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.
“Jika sabit kesalahan, suspek akan dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang menjatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut,” memetik satu kenyataan SPF dikeluarkan malam tadi.
Sebelum itu, SPF berkata pihak, polis menerima panggilan tentang satu kes di Singapore Expo pada jam 9.19 malam, hari Ahad (12 Mac) melaporkan seorang individu telah memukul seorang lelaki (Kamal) berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi berkenaan.
“Cota itu dirampas dan dijadikan barangan kes dengan siasatan masih diteruskan.
@boom.malaysia Siapalah yang dendam sangat dengan kamal ni? #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #icon #idol #no1 #viral #trending #fyp #kamaladli #uqashasenrose #singapore ♬ original sound – Boom! Malaysia
SPF berkata, pihaknya mengamalkan toleransi sifar terhadap sebarang keganasan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Sementara itu, Kamal yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sana.
Kamal dan isteri, Uqasha Senrose berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat lepas yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.
Menurut Uqasha, kejadian berlaku di penghujung acara, namun tidak memberikan butiran lanjut tentang punca suaminya diserang. – JURNAL