Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.
Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Januari tahun depan. – JURNAL