Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan status keahlian Khairy Jamaluddin dalam parti itu akan diketahu pada petang ini.
“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut.
Mohamed Hassan berkata demikian dalam sidang akhbar semasa lawatan ke galeri jualan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), di sini hari ini.
Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau pada masa sama turut menegaskan, semua pihak harus mengakui UMNO perlu berubah untuk kembali menjadi parti yang boleh dibanggakan dan menjadi wadah politik terbesar seperti suatu ketika dahulu.
Mesyuarat UMNO dijadual diadakan petang di Menara Dato’ Onn di sini. – JURNAL
Sumber: UTUSAN