Masih lagi hangat diperkatakan mengenai isu influencer TikTok terkenal yang juga seorang usahawan, View Chin, 33, didakwa telah berlaku curang terhadap isterinya, Shermine Hau.
View Chin didakwa mempunyai hubungan sulit dengan stafnya sendiri yang dikenali sebagai Mira dan mesej perbualan mereka juga sudah tersebar ke media sosial.
Namun menerusi satu temu bual eksklusif bersama China Press, View Chin mendedahkan yang memang benar dia telah memukul isterinya tetapi dia juga mendakwa wanita tersebut sebenarnya curang terlebih dahulu.
Ketika ditemu bual, View Chin dikatakan tidak dapat menahan air mata kerana terkesan dengan tindakan Shermine yang mengkhianati keluarga dan anak-anak mereka.
Dia juga katanya berasa sedih dan terpaksa menamatkan hubungan yang dibina sejak lapan tahun dahulu akibat kecurangan bekas isterinya itu.
“Saya tak curang, tetapi dia yang curang dan kami telah bercerai!” katanya.
Menurut influencer tersebut lagi, dia dan Shermine pada awalnya berkenalan menerusi platform mencari jodoh pada sembilan tahun lepas sebelum menjalinkan hubungan. Selepas isterinya hamil, mereka membuat keputusan untuk berkahwin.
View Chin kemudian menjalankan perniagaan menjual pakaian secara online di media sosial dan Shermine juga katanya turut bekerja dengannya serta sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.
Pun begitu, dia juga mendakwa isterinya gemar ke kelab malam saat dia sibuk menguruskan hal perniagaan, namun dia tidak menghalang dan membenarkannya. – JURNAL