Zaman berubah apabila kelulusan akademik di universiti bukan jaminan untuk mendapat kerja yang diimpikan.
Begitu juga, persepsi golongan belia kini seolah beranggapan tanpa kelulusan tinggi dalam bidang akademik, membuka ruang lebih besar mendapat gaji banyak sehingga mencecah puluhan ribu ringgit seperti menjadi seorang pempengaruh sosial.
Meskipun pelbagai cabaran mendapat kerja dihadapi golongan belia pada masa kini, aspek bimbingan dan latihan kerja perlu sentiasa diteruskan.
Justeru, Rajayoga Power Trranscendental Meditation Society (RPT) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu golongan belia berdepan cabaran kerja pada masa hadapan.
Pengasas dan Presiden RPT, Datuk Seri Dr V Balakrishnan berkata, perkongsiaan kata-kata semangat kepada para pelajar disusuli pelbagai pengisian menarik yang interaktif di mana pelajar dibimbing dengan teknik pembelajaran yang efektif di samping memberi tunjuk ajar dalam pemilihan laluan kerjaya sangat penting.
“Sesi perkongsian ‘Success Stories’ oleh orang-orang ternama dari pelbagai jurusan turut dimuatkan sebagai slot motivasi bagi menaikkan semangat para pelajar untuk menjadi insan yang berjaya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Bagi membantu masa depan golongan belia, Seminar Pendidikan RPT 2024 diadakan sebagai usaha di mana pelajar-pelajar Tingakatan 3 dan 4 didedahkan kepada program remaja LPPKN iaitu KafeTEEN melalui sesi ceramah dan sesi interaktif dalam trak KafeTEEN, dengan harapan para pelajar ini mendapat manfaat daripada aktiviti KafeTEEN yang dituju khas kepada golongan remaja zaman sekarang.
“Bagi remaja pra-universiti, IPTA dan IPTS pula, mereka didedahkan kesedaran tanggungjawab sivik di mana mereka dibimbing menyumbangkan idea-idea untuk Projek Remaja RPT yang dijadikan asas untuk program khidmat masyarakat RPT pada masa hadapan yang akan dikendalikan oleh para remaja RPT di bawah seliaan sukarelawan RPT,” katanya.
Apa yang menarik perhatian, seminar tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan RPT dari pelbagai jurusan yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing.
“Sukarelawan ini mengambil peluang membimbing pelajar-pelajar ke arah melahirkan generasi berilmu, bijak dan berakhlak. Kesemua pelajar yang menghadiri seminar ini juga dibimbing secara berterusan oleh sukarelawan RPT untuk pasca seminar,” katanya.
Seminar Pendidkan RPT 2024 turut dihadiri Pengarah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Professor Madya Dr Farazila Yusof mewakili Timbalan Naib Canselor, Dr Farazila dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr V Balakrishnan dan Datin Seri Sundari Balakrishnan di atas usaha murni RPT dalam melahirkan generasi muda yang terdidik (‘educated’) dan sihat minda serta berakhlak.
Dr V Balakrishnan juga bergharap agar di samping bimbingan akademik diterima pelajar, peserta ini turut didedahkan kepada pelbagai ilmu di luar kandungan buku yang akan dapat membantu mereka mencapai impian ke arah menjadi pelajar yang cemerlang, pintar dan terbaik.- JURNAL