Sempena Hari Polis ke-216 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus.
Tawaran tersebut dibuka mulai Isinin (20 Mac) hingga akhir bulan ini.
PDRM menerusi menerusi laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur pada Ahad, mengumumkan, tawaran itu berlangsung sehingga 31 Mac.
Bagaimanapun tawaran tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.
Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan berikut:
- Kemalangan
- Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
- Saman Berstatus Waran (W)
- Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
- Memotong Secara Berbahaya
- Menggunakan Lorong Kecemasan
- Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NV)
- Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
- Memotong Di Garisan Berkembar
- Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
- Saman Berstatus OP Selamat
Semalam, seramai 543 pegawai kanan dan pegawai rendah polis dari pelbagai jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai perbarisan sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 itu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menyaksikan Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 Tahun 2023.
Seri Paduka Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang turut berangkat ke istiadat tersebut.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke istiadat tersebut mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat pertama kalinya Sambutan Hari Polis dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya. – JURNAL