Nickelodeon, merupakan rangkaian hiburan nombor satu kanak-kanak yang sudahpun masuk ke tahun yang ke-44.
Ia telah membina pelbagai perniagaan yang meliputi seluruh dunia yang meletakkan kanak-kanak sebagai misi utama mereka.
Rangkaian kanak-kanak ini termasuklah program televisyen dan penerbitan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia serta meliputi produk pengguna, digital, pengalaman interaktif, penerbitan dan perfileman.
Nickelodean adalah sebahagian daripada Paramount’s (Nasdaq: PARA, PARAA) yang meliputi rangkaian portfolio hiburan multimedia.
Spongebob SquarePants, PAW Patrol®, Rise of Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora the Explorer dan Bubble Guppies merupakan sebahagian daripada The World of Nickelodeon.
Berita baik buat anda yang memiliki anak kecil atau memang suka pada watak-watak kartun animasi Niclelodeon kerana mereka kini sudah ada di Malaysia.
Karnival berbayar The World of Nickelodeon yang bermula dari 28 April lalu sehingga 23 Julai 2023 ini merupakan destinasi yang terbaik untuk semua golongan muda dan seisi keluarga untuk menikmati hari yang menggembirakan.
Dengan keluasan 14,000 kaki persegi, dunia permainan yang menyeronokkan ini mempunyai 17 stesen menarik dan pelbagai peluang untuk anda merakamkan gambar anda di sana.
Anda juga akan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis permainan antaranya melempar bola di Bubble Guppie’s Fisketbal Game, mencuba Teenage Mutant Ninja Turtles Vertical Challenge dan mencabari diri dengan permainan Dora Jungle Jump-a-thon.
Selain itu, anda juga boleh berhibur di Slime Lounge sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di Bikini Bottom Bubble Bash atau melakukan misi Mutant yang terakhir.
Bawalah kamera anda dan bersedia untuk merakamkan seberapa banyak gambar di lokasi tayangan yang anda inginkan.
Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran anda!
Tempah tiket anda sekarang di https://my.trip.com/w/play-tg. – JURNAL