Jurnal Malaysia
  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll
No Result
View All Result
  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll
No Result
View All Result
Jurnal Malaysia

Sebanyak 436 Keping Gambar Diperoleh Daripada Telefon Bimbit Ustaz Ebit Lew

14/05/2023
Fiza KamarudinbyFiza Kamarudin
in Mahkamah
Sebanyak 436 Keping Gambar Diperoleh Daripada Telefon Bimbit Ustaz Ebit Lew

Follow:

Facebook Twitter Instagram Telegram Tiktok Linkedin

Share:

ShareTweetShareSendShare

Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di Tenom bahawa sebanyak 436 keping gambar telah diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata selain gambar itu, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.

Latifah berkata telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021 kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.

Setelah menerima telefon bimbit itu, beliau telah membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.

“Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.

Latifah berkata beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

Katanya satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu bahawa hasil pemerhatiannya mendapati bahawa empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – JURNAL

Sumber: Bernama

Previous Post

[V] Dr Say Shazril Sayu Anak Miliki Kad OKU – “Kalau Nak Tahu Pemegang Kad Ini Ada Banyak Kelebihan…”

Next Post

Suka Tayang Beg Mewah Di Media Sosial, Ketua Pengarah Kesihatan Diarah Isytihar Harta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Hari Ini

  • Pelajar Tahfiz, Rakan Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun

    Pelajar Tahfiz, Rakan Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fuziah Salleh Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Video ‘Beli Barang RM200’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sultan Johor Bersedia Laksana Tugas Untuk Negara Dan Rakyat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Nak Jumpa Dia Saja” – Intai Pembaca Berita, Lelaki Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ebit Lew Saman Caprice, Mondy Tatto

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dakwa Ada Data, Rafizi Pertahan Kenyataan Rakyat Malaysia Ketagih Makan Luar Punca Duit Habis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Usahawan PKS Alami Masalah Dalam Perniagaan, Jangan Bimbang…Ada Pakar Boleh Bantu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thor X Fokus Suplemen Kesihatan Lelaki, Sasar Jumlah Jualan RM3 Juta Menjelang Akhir Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nasi Kandaq Fest Sasar 12,000 Pengunjung! Bawa 10 Lejen Nasi Kandar Surrr Berhimpun Di Kuala Lumpur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Video Beli Barang RM200 Adalah Video Lama Yang Disiar Semula, Bermotif Politik” – Fuziah Salleh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Popular Minggu Ini

  • Pelajar Tahfiz, Rakan Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun

    Pelajar Tahfiz, Rakan Didakwa Rogol Remaja Perempuan 14 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fuziah Salleh Buat Laporan Polis Terhadap Individu Sebar Video ‘Beli Barang RM200’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sultan Johor Bersedia Laksana Tugas Untuk Negara Dan Rakyat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas Wanita Buat Laporan, Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Fasal-fasal Disentuh Saya! Saya Perlu Pertahan Kebenaran!” – Radzi Jidin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Baca Bismillah Sebelum Makan Babi, Pempengaruh Lina Mukherjee Dihukum Penjara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Video Beli Barang RM200 Adalah Video Lama Yang Disiar Semula, Bermotif Politik” – Fuziah Salleh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Mangsa Bunuh Dengan Kesan Kelar Di Leher

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Jurukamera Benjol Besar Di Dahi Selepas Terkena Rembatan Kencang Cristiano Ronaldo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Nak Jumpa Dia Saja” – Intai Pembaca Berita, Lelaki Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Popular Bulan Ini

  • Apa Sudah Jadi? Mondy Tatto Dah Tanggal Tudung…Kembali Ke Kehidupan Lama?

    Apa Sudah Jadi? Mondy Tatto Dah Tanggal Tudung…Kembali Ke Kehidupan Lama?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ceroboh Rumah Nabil Ahmad Untuk Makan, Tidur, Berehat…Lelaki Didenda RM3,000

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Gugurkan Awesome TV Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan 2023

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelumba Drag, Hattem Rashid Meninggal Dunia Kemalangan Di Litar Lumba

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Balu Jamaludin Jarjis Gagal Tuntut RM2 Bilion Harta Sepencarian Terhadap Empat Anak Dan Ibu Mentua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remaja 15 Tahun Yang Hilang, Sudah Ditemui Dengan Selamat Di Ayer Hitam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Guru Diselar Padam Solekan Anak Murid Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Warga Emas Mati Dipukul Anak Kandung, Mayat Dibalut Kain Langsir Dan Dibuang Tepi Jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lafaz Taklik Nak Ceraikan Isteri Talak Tiga, Jika Anwar Masih PM, Tak Boleh Tarik Balik “- Menteri Agama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • SME Corp. Malaysia, KRU MasterClass Jalin Kerjasama Tingkatkan Penjenamaan Dan Pemasaran Digital Perusahaan Mikro

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist