Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun malam ini.
Anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya.
Ahli parlimen Pulai itu telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesahkan Allahyarham mengalami pendarahan otak.
Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata. – JURNAL