Saintis-saintis mengeluarkan amaran mengenai fenomena ribu solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan, lapor laman berita news18.com kelmarin.
Menurut beberapa penemuan baharu, ribut solar itu akan cukup kuat untuk mengganggu liputan internet di Bumi selama berminggu-minggu disebabkan oleh oleh medan magnet matahari.
Satu kajian itu menyatakan bahawa ribut solar itu berlaku ketika kemuncak kitaran aktiviti Matahari yang dikenali sebagai Suria Maksimum.
Penemuan saintis-saintis tersebut bercanggah dengan ramalan NASA sebelum ini yang menyatakan bahawa fenomena Suria Maksimum akan berlaku pada akhir 2025.
Aktiviti Matahari memuncak setiap 11 tahun yang mencetuskan gangguan terhadap cuaca angkasa lepas di samping menjejaskan satelit, grid elektrik dan sistem komunikasi di seluruh dunia. – JURNAL
Sumber: KOSMO