Baru-baru ini Jurnal Malaysia menjalankan tinjauan pendapat mengenai kenaikan tambang bas sekolalah seperti yang dicadangkan Agensi Pengangkutan Awam Darat atau APAD.
Menerusi tinjauan tersebut Jurnal memberikan dua pilihan jawapan kepada pembaca untuk memilih kenaikan tersebut membebankan ibu bapa atau memberi keuntungan semata-mata.
Hasilnya seramai 85.71 peratus memilih kenaikan tambang bas sekolah hanyalah membebankan ibu bapa.
Manakala 14.29 peratus berpendapat jika tambang bas sekolah dinaikkan hanya memberi untung kepada pengusaha.
APAD sebelum ini dilaporkan telah memberi lampu hijau kepada pengusaha bas sekolah untuk menaikkan tambang mulai sesi persekolahan baharu.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, mulai Mac 2023, tambang bas sekolah mungkin dinaikkan antara RM5 hingga RM10. – JURNAL