Pembukaan laluan sistem pagar automatik atau autogate yang selama hanya untuk pemegang pasport Malaysia kepada warga asing yang diusul sejak penghujung tahun lalu telah pun diluluskan dan dilaksanakan pada 27 Februari baru-baru ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution yang menyatakan bahawa perlaksanaan prosedur baharu itu mampu mengurangkan kesesakan di KLIA.
Berdasarkan tinjauan pendapat yang dianjurkan JURNAL, rakyat telah menyuarakan pandangan mereka terhadap perkara itu.
Biarpun Saifuddin membentangkan kelebihan-kelebihan yang menguntungkan rakyat atas peraturan terkini di lapangan terbang bertaraf antarabangsa berkenaan, tetapi hasil tinjauan menunjukkan sebaliknya.
Ini kerana, sebanyak 64.71 peratus pengundi mengatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju, manakala 35.29 peratus pula akur sahaja dengan keputusan kerajaan.
Justeru, majoriti rakyat meminta kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk membuka kemudahan fasiliti tersebut kepada warga luar dan mengekalkan keistimewaan rakyat tempatan. – JURNAL
Artikel Berkaintan: Poll: Autogat KLIA Dibuka Kepada Pelancong Asing. Setuju Atau Tidak?