Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengumumkan penutupan cawangan Petaling Jaya bermula 31 Ogos 2024, sebagai sebahagian daripada strategi pengoptimuman operasi dan persiapan menghadapi liberalisasi pasaran dalam industri pemeriksaan kenderaan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan memastikan pelanggan terus menikmati perkhidmatan berkualiti tinggi.
“Pelanggan yang biasa menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom Petaling Jaya boleh beralih ke cawangan alternatif di sekitar Lembah Klang, seperti Padang Jawa, Cheras, dan Glenmarie,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mahmood Razak turut menegaskan bahawa penutupan ini tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan Puspakom.
Malah, sebagai langkah proaktif, cawangan Glenmarie akan melanjutkan waktu operasinya mulai 2 September, dari jam 7 pagi hingga 11 malam, untuk memberi perkhidmatan yang lebih fleksibel kepada pelanggan. – JURNAL
Sumber: FB Puspakom Sdn Bhd