Projek: High Council ialah sebuah siri drama televisyen persekolahan Malaysia 2023 arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria.
Siri drama tersebut yang bermula pada 14 Januari lalu, sudah pun menamatkan kesemua 10 episodnya semalam (Sabtu).
Sungguhpun mendapat maklum balas positif daripada banyak pihak, namun Public Health Malaysia tampil dengan kritikan membina apabila bertindak menegur adegan merokok yang dipaparkan secara terbuka menerusi drama tersebut.
Di hantaran Facebook, Public Health Malaysia telah menyentuh tentang beberapa adegan iaitu:
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/pfbid02xvYoXU2szEMpKyxK2mnUwqJcfXaFo7XYRbrGHUUYCzBQG6cwnhoLBYTAmMdQ1j8Nl/?app=fbl
Merokok dikalangan pelajar sememangnya satu isu bagi sekolah sekolah berasrama penuh.
Namun, pelajar yang merokok di sekolah berasrama masih dilakukan secara tersembunyi bukannya secara TERBUKA seperti dalam drama ini.
– Adegan Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik dorm. Tiada pelajar yang akan merokok dalam bilik dorm kerana bau asap rokok kuat dan boleh dikesan warden.
– Watak utama wanita Mia, yang merupakan tokan rokok dan juga seorang perokok.
– Merokok semasa sedang dating. Ya, Naim dan Mia merokok bersama semasa dating dan adengan ini berulang kali ditayangkan.
– Watak adik beradik Naim dan Fakri merokok di halaman rumah, tiada ibu yang membenarkan anak bawah umur untuk merokok di laman rumah
– Rokok hanya diletak di dalam laci pelajar, bukannya di sorok di tempat yg lebih rumit.
– Guru yang menutup sebelah mata pelajar asrama merokok. Tiada guru/ warden yang akan membiarkan pelajar merokok secara berleluasa di sekolah mereka!
10. Ya, merokok memang antara masalah dikalangan pelajar. Tetapi dalam drama ini, Screen time adengan merokok terlalu banyak & keterlaluan.
12. Adakah terdapat tangan ghaib yang meminta produksi memasukkan begitu banyak adegan merokok yang tidak perlu ini?
13. Pemerhati aktiviti syarikat tembakau melihat situasi ini sebagai strategi pemasaran syarikat rokok yang ingin mahu budaya merokok terus kekal releven dikalangan pelajar
14. Mengukuhkan budaya normalisasi merokok dalam masyarakat yang sedia ada tegar.
Mungkin ramai yang akan memperlekehkan saranan ini. Namun inilah tanggungjawab sosial kami untuk memberi kesedaran kepada produksi dan masyarakat mengenai isu ini.
Hentikan Promosi Merokok dalam Produksi Filem & Drama – Elakkan mengambil duit dana syarikat rokok !
Bagaimanapun menerusi hantaran sama
Public Heath Malaysia, mereka turut memuji jalan cerita menarik dan di luar kebiasaan drama tersebut disamping barisan pelakon yang hebat. – JURNAL