Nama Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa tiada dalam senarai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Sebelum ini media melaporkan nama Annuar turut melepasi senarai tapisan Majlis Syura Ulamak tetapi tidak tercalon untuk PRN Kelantan.
Annuar yang dipecat dari UMNO telah menyertai Pas pada 10 Jun lalu.
Beliau dikatakan akan menjadi calon DUN Kok Lanas, bagaimanapun kerusi tersebut diberikan kepada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh turut tidak tersenarai sebagai calon bagi kerusi DUN Chempaka.
Untuk PRN kali ini, Pas menampilkan Nik Baharum Nik Abdullah iaitu seorang peguam bagi menggantikan penyandang kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu Ahmad Fathan Mahmood.
Sebelum ini Majlis Syura Ulamak memaklumkan nama Nik Mohamad Abduh sudah melepasi tapisan untuk dinamakan sebagai calon PRN.
Bagaimanapun nama bekas Setiausaha Agung UMNO dan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nikmat tidak diumumkan pada Majlis Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, pada Khamis. – JURNAL