Parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerusi sebuah kenyataan mengumumkan akan bertanding soli pada Pilihanraya Negeri akan datang.
“MUDA baru sahaja mengadakan Sidang Media Khas bersama pimpinan-pimpinan parti sebentar tadi.
“MUDA memutuskan untuk bertanding solo pada PRN akan datang.
“MUDA akan berikan komitmen penuh dalam Pilhan Raya Negeri.
“MUDA percaya tujuan utama MUDA dalam PRN kali ini untuk membawa politik baharu dan tolak politik tua,” kata MUDA dalam kenyataan tersebut.
MUDA baru sahaja mengadakan Sidang Media Khas bersama pimpinan-pimpinan parti sebentar tadi.
MUDA memutuskan untuk bertanding solo pada PRN akan datang.
MUDA percaya tujuan utama MUDA dalam PRN kali ini untuk membawa politik baharu dan tolak politik tua.
MUDA akan berikan… pic.twitter.com/V0wOD9sebi
— Parti MUDA (@partimuda) June 26, 2023
Susulan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Muar pada Isnin membuat ketetapan memutuskan sebarang bentuk kerjasama dengan MUDA bagi Parlimen Muar.
Setiausaha PKR Cabang Muar, Esa Ali berkata, ini susulan keputusan MUDA untuk bertanding secara solo pada pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung.
“Justeru keputusan tersebut telah melanggar kerjasama politik Kerajaan Perpaduan berbentuk ‘electoral pact’ di antara MUDA dan PH (Pakatan Harapan),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan BN serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). – JURNAL