i-Sayang merupakan satu inisiatif kerajaan menghargai sumbangan isteri yang membolehkan suami memindahkan dua peratus caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer pekerja secara sukarela ke akaun isteri.
Kemudahan i-Sayang diperkenalkan KWSP pada November 2021 yang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun Isteri.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir suami yang masih 'berkira' untuk memberi sumbangan caruman KWSP kepada isteri menerusi inisiatif i-Sayang.
Apa pendapat anda tentang i-Sayang? Adakah suami patut mencarum 2 peratus kepada isteri secara sukarela, paksaan atau tidak perlu?