Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan berkaitan penularan video didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan individu lain yang kini tular.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya setakat ini masih belum terima sebarang laporan polis berhubung video berkenaan.
“Setakat ini tiada (laporan) berkaitan video terbabit,” katanya ringkas pada Jumaat.
Pada Khamis, tular satu video memaparkan perbualan secara talian antara lelaki didakwa mirip bekas ketua jabatan sebuah agensi kerajaan dengan seorang individu lain.
Video berkenaan kemudiannya didapati turut tular di beberapa medium media sosial. – JURNAL
Sumber: SINAR HARIAN