Perikatan Nasional (PN), mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekiranya beliau mahu menyertai parti itu.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pihaknya terbuka menerima mana-mana ahli parlimen untuk bersama dalam PN terutama yang berprinsip.
Katanya, ahli parlimen wajar diberi peluang untuk mengemukakan ketegasan walaupun mereka duduk dalam kerajaan.
Selain Syed Saddiq, Tuan Ibrahim turut mengalukan ahli parlimen lain yang kecewa dengan pemerintahan.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan memberikan tawaran kedudukan kepada Saddiq. – JURNAL