Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada Ahad lalu telah berkongsi beberapa keping foto ketika menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pada Ahad lalu, foto dikongsi DSAI di laman sosial Instagram dan Twitter menjadi bualan apabila warganet mendakwa stoking dipakai PM 10 itu hanya berharga RM2.
Mereka turut meluahkan rasa kagum kerana sifat merendah diri DSAI yang tidak mempedulikan tentang jenama dan harga pakaian disarungkan walaupun beliau mampu berbuat demikian.
“Naik la harga stoking tu lepas ni.”
“Stokin kedai Eco tu,” komen wargamaya.
Selain itu, ada juga yang berseloroh jika Anwar menerima gaji sebagai PM, dia pasti mampu membeli stokin lebih mahal.
“Itulah, kalau ambil gaji PM, mesti boleh beli stoking harga RM5,000,” usik seorang netizen.
Sebelum ini, kasut berjenama Louis Vuitton yang berharga sekitar RM5,000 dipakai Anwar turut menjadi perhatian netizen.
Anwar bagaimanapun tidak melenting apabila dilemparkan tuduhan negatif, malah dengan tenang mendedahkan bahawa sepatu tersebut merupakan hadiah pemberian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, hari ini usul undi percaya terhadap kepimpinan PM ke-10 menjadi perbahasan ahli parlimen selepas dibentangkan di Dewan Rakyat. – JURNAL