Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter.
Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh YAB PM @anwaribrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Stay tuned! @kpkt_gov #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/mssxk5cQcU
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) April 11, 2023
“Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Nantikan!” katanya dalam hantaran pada Selasa.
Tinjauan di ruangan komen Twitter Kor Ming mendapati rata-rata mereka mengharapkan berita tersebut adalah berkenaan pemberian tol secara percuma. – JURNAL