Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai sebagai pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berada di kedudukan ke-11 bagi kategori pemerintah dan ahli politik seperti tersenarai dalam penerbitan edisi terbaru The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024.
Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang berada di tangga kesembilan dalam senarai terbabit.
Mengimbau pencapaian Anwar pada tahun lalu, Presiden PKR itu berada di kedudukan ke-22 dalam kategori sama.
Mengikut penerbitan berkenaan, pemilihan dibuat berlandaskan pelbagai aspek termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik.
Aspek lain diambil kira termasuk melakukan perubahan yang memberi kesan terhadap dunia Islam dan penganutnya. – JURNAL
Sumber: BERNAMA