Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada hari ini (Rabu).
Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada kaitan dengan rombakan kabinet.
“Tadi saya mengadap Tuanku untuk bincang (mesyuarat mingguan) kabinet dan tiada kaitan dengan rombakan jemaah menteri.
“Lepas (mesyuarat mingguan kabinet), saya (bertolak) ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi,” katanya.
Sementara itu, Anwar memberitahu, kerajaan memantau perkembangan jerebu dengan teliti setiap hari.
“Laporan penuh berkaitan jerebu ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat minggu kabinet esok,” ujar beliau.
Malah, katanya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia bagi membincangkan masalah jerebu yang didakwa berpunca dari negara jiran itu. – JURNAL
Sumber: SINAR HARIAN