Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang tadi (Khamis) sempat meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia MADANI.
Anwar berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi laman sosial rasminya disamping memberitahu dia ke pejabat untuk menandatangani beberapa dokumen.
Beliau turut ditemani Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.
Dalam pada itu beliau turut beramah mesra dengan kakitangan terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI.
“Luang masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia MADANI dan menandatangani dokumen berkaitan di Kementerian Kewangan petang tadi.
“Saya turut diapit Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.
“Saya juga sempat beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI.
“InsyaAllah, nantikan pembentangannya jam 4.00 petang,” katanya.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan pada masa sama memacu pertumbuhan ekonomi negara, di samping menarik pelaburan.
Menurutnya, kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu, termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023. – JURNAL