Pada hari ini dalam tahun 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kelima, Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Pelancaran tersebut telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Penubuhan SPRM bagi menggantikan Badan Pencegahan Rasuah, bertujuan meningkatkan keberkesanan, kecekapan dalam usaha mencegah rasuah serta memperbaiki persepsi ketelusan dan kebebasan.
SPRM lahir daripada keinginan Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang dihormati, dipandang tinggi, mengamalkan budaya integriti serta menolak rasuah dalam semua aspek kehidupan.
Menurut Perdana Menteri, perjuangan untuk menegakkan integriti dan membanteras rasuah adalah satu perjuangan yang suci lagi murni.
Sesungguhnya, dengan pelancaran SPRM ini, maka satu lembaran baharu dalam agenda integriti dan anti rasuah negara yang bukan sahaja unggul di tanahair malah juga di persada antarabangsa. – JURNAL
Sumber: Arkib Negara