Setiap tahun pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, seluruh dunia akan menyambut Hari Bapa.
Namun, tahukah anda tentang bagaimana sambutan Hari Bapa ini bermula?
Pertama kali sambutan Hari Bapa secara tidak rasmi direkodkan di Amerika Syarikat ialah pada 5 Julai 1908, untuk meraikan istimewa bagi memperingati kematian 360 orang lelaki yang kebanyakan mangsa adalah kaum bapa yang terkorban dalam tragedi letupan lombong arang batu kira-kira tujuh bulan sebelum itu.
Namun, peringatan itu hanya dilakukan pada tahun itu sahaja dan tidak diulang pada tahun-tahun kemudiannya.
Setahun selepas itu, seorang gadis berusia 16 tahun pula mendapat ilham untuk memulakan sambutan Hari Bapa untuk menghargai bapanya, seorang bapa tunggal yang telah membesarkan dia serta lima adiknya yang lain.
Dodd telah membuat petisyen untuk sambutan Hari Bapa yang pertama dan dia mencadangkan bahawa sambutan itu dirayakan pada hari jadi bapanya iaitu pada awal bulan Jun.
Walaupun petisyen itu hanya mendapat dua tandatangan, Dodd berjaya meyakinkan beberapa komuniti gereja tempatan untuk menyertainya.
Atas persetujuan bersama, Dodd menunda sambutan itu pada penghujung bulan Jun bagi memberikan mereka lebih banyak masa untuk bersedia.
Sambutan Hari Bapa yang pertama akhirnya dirayakan di Spokane, Washington dan Dodd memulakan misi sepanjang hayat untuk mempromosikan Hari Bapa.
Pada sambutan pertama Hari Bapa di Spokane, kaum keluarga akan memakai baju berwarna mawar merah untuk menghormati bapa mereka yang masih hidup dan warna putih bagi bapa mereka yang telah meninggal dunia.
Pada hari ini, Hari Bapa dirayakan di seluruh dunia dengan makanan, perjumpaan dan pemberian hadiah. – JURNAL
Sumber: National Geographic