Pada hari ini dalam tahun 1992, Datuk Sudirman Haji Arshad, penyanyi tersohor negara meninggal dunia di kediaman kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang meninggal dunia pada usia 35 tahun akibat penyakit radang paru-paru.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Beliau merupakan anak ketujuh daripada sembilan orang adik-beradik.
Kerjaya dalam bidang seni bermula setelah beliau dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 1976 pada 11 Ogos 1976.
Kemuncak kerjayanya, Allahyarham Sudirman berjaya merangkul gelaran Penghibur Nombor Satu Asia pada 19 Mei 1989 di Royal Albert Hall, London.
Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air. – JURNAL
Sumber: Arkid Negara