Delisha’s Magic Cooking Cube adalah hasil daripada penjenamaan semula yang berjaya dilakukan oleh H&S Delight (M) Sdn Bhd untuk memperkenalkan identiti jenama yang lebih dinamik dan berkesan di pasaran.
Pada asalnya dikenali sebagai ‘Delish’, nama produk ini diilhamkan daripada perkataan British ‘Delicious’ yang bermaksud kelazatan. Namun, H&S Delight memilih untuk menjenamakan semula produk ini kepada ‘Delisha’s’ untuk mencipta impak yang lebih besar dan memperkenalkan jenama mereka dengan lebih berkesan kepada pengguna.
Delisha’s Magic Cooking Cube menawarkan pelbagai rasa tradisional yang memenuhi selera masyarakat Asia, seperti Kari Malaysia, Soto & Bakso, Asam Pedas, Gulai Padang, Tom Yam Putih, Masak Paprik, Oden, Tikka Masala, dan Masam Manis.
Dengan hanya menggunakan satu kiub, pengguna boleh menyediakan hidangan yang lazat dan memuaskan, tanpa memerlukan penyediaan yang rumit tanpa tumisan.
Produk ini sangat sesuai untuk golongan yang sibuk seperti wanita berkerjaya, pelajar, dan pengembara serta sesiapa sahaja.
H&S Delight bukan sahaja berjaya menembusi pasaran tempatan, tetapi juga telah memasuki pasaran antarabangsa, dengan produk Delisha’s yang kini dieksport ke negara-negara seperti UK, Perancis, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Kemboja dan Kanada.
Produk ini juga telah mendapat tempat di hypermarket terkemuka termasuk AEON Co. dan MYDIN di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara menjadikannya mudah diakses dan dikenali oleh pengguna, selain kedai-kedai runcit dan jualan secara dalam talian di Shopee dan TikTok.
Dengan penjenamaan semula yang dinamik dan strategi pengedaran yang kukuh, Delisha’s Magic Cooking Cube kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi jenama perencah pilihan di Malaysia dan di peringkat global.
Produk ini bukan sahaja menawarkan kemudahan dalam penyediaan makanan, tetapi juga memastikan kelazatan dan kualiti yang tidak dapat ditandingi, menjadikannya pilihan utama bagi setiap dapur. – JURNAL