Warganet mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad kerana mendedahkan pencabulan dialami seorang kanak-kanak perempuan di rumah pengasuhnya.
Ia susulan penahanan seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa yang baru berusia dua tahun di rumah pengasuh di Casa View, Cybersouth, Dengkil pada Selasa lalu.
BACA: [V] Pengasuh Masukkan Jari Ke Dalam Kemaluan Budak Perempuan, Teacher Abi Diburu
“Terima kasih Hafiz kerana cepat dan pantas. Semoga adik itu mendapat pembelaan sewajarnya!”, tulis seorang pelayar Instagram.
“Aku harap pelaku keji itu dikenakan hukuman berat. Negara kita boleh semak balik akta melibatkan kanak-kanak,” tulis individu laini.
“Welldone Hafiz Mahamad! Please tingkatkan kesedaran, jangan berhenti. Terima kasih kerana bertindak cepat,” ucap pelayar lain pula.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff mengesahkan telah menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya.
Laporan tersebut memaklumkan pihak hospital ada menerima pesakit kanak-kanak yang mengalami kesakitan di bahagian kemaluan.
Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, kanak-kanak itu ditemani ibunya dan kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan sebaik menjemputnya di rumah pengasuh pada jam 6.30 petang.
Katanya, ibu mangsa sudah memberi keterangan serta mengesahkan anaknya dihantar ke rumah pengasuh pada hari kejadian.
Malah anaknya turut memberitahu perbuatan itu dilakukan oleh suami pengasuh.
“Suami pengasuh berusia 25 tahun ditahan pada 5 petang semalam dan suspek adalah pembantu pengasuh serta masih belum mempunyai anak,” katanya.
Wan Kamarul menambah, siasatan awal mendapati terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter di kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Menurutnya, doktor yang memeriksa juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada mangsa terbabit.
“Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – JURNAL