Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Aliff Hakim memaklumkan acara Hooray X Fest terpaksa dibatalkan kerana penganjur utama menarik diri.
Disebabkan itu, bayaran kepada lokasi acara tidak dapat dilunaskan.
Namun, beliau tidak mendedahkan nama penaja tersebut.
Acara Hooray x Raya Fest sepatutnya diadakan pada 19-21 April 2023, berlangsung selama 72 jam tanpa henti, di WTCKL.
Antara rakan artis dan selebriti yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Cat Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan dan Rahmat Mega.
@jurnal.malaysia Kesian vendors semua. Semoga urusan mereka dipermudahkan🥲 #jurnal #jurnalmalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #viral #trending #fyp #mogok #batal #influencer #horreyfest #vendor ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Acara ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Boy Iman yang juga merupakan Presiden Kelab Usahawan Selebriti Malaysia.
Sementara itu menurut wakil vendor menerusi sebuah kenyataan, Mohammad Alif telah memberi kata dua kepada mereka yang terlibat dalam festival membeli-belah sempena Syawal itu selepas membatalkan program tersebut.
Pilihan pertama adalah untuk peniaga mendapatkan semula bayaran atau pilihan kedua, menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan kelak.
“Pihak penganjur akan membuat pertemuan bersama-sama dengan semua peniaga untuk urusan bayaran balik yang akan berlangsung jam 2 petang ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL),” menurut kenyataan itu. – JURNAL