Minggu lalu pada 6 Mac sewaktu prosiding kes dera remaja Sindrom Down iaitu Bella di Mahkamah Kuala Lumpur, Siti Bainun selaku tertuduh sekali lagi menafikan dakwaan dirinya penderaan.
Menurut alur cerita, dia dikatakan melakukan perbuatan tersebut dalam ruangan dobi di sebuah kondo terletak di Wangsa Maju, dua tahun lepas.
Mengikut tuduhan awal, Bainun didakwa menganiaya Bella bersaksikan dua lagi saksi lain.
Namun jelasnya, tuduhan itu seperti tidak masuk akal kerana saiz ruangan dimaksudkan itu kecil.
“Saya tidak setuju sebab selalunya yang masuk di ruang itu selepas beli barang dapur, hanya saya dan Yasmin saja dah tak muat.
“Kami boleh duduk untuk susun barang saja, tetapi mustahil untuk empat orang (termasuk Aida dan Bella) berdiri dalam tu untuk menderanya.
“la sangat mustahil dan saya tidak nampak logiknya. Tiada apa-apa yang berlaku di ruang dobi sebab saya dan Yasmin pun dah tak muat,” jelasnya menafikan tuduhan.
Tambahnya lagi, ruangan dobi memang kecil kerana terdapat almari lain yang diletakkan pada bahagian kiri.
Bahkan perabot berkenaan sudah memakan sekitar saiz dua kaki keluasan.
Sebab itulah Bainun tidak bersetuju apabila didakwa melakukan kekasaran terhadap Bella saat berada dalam bilik sempit sebegitu. – JURNAL
Sumber: HARIAN METRO