Sebuah feri yang mengangkut sekitar 250 penumpang dan awak-awak terbakar di selatan Filipina pada Jumaat lalu.
Gabenor Basilan, Jim Hataman berkata, seramai 31 penumpang terkorban akibat terperangkap dalam kebakaran yang terjadi ke atas feri dinamakan MV Lady Mary Joy 3 itu.
Rata-rata yaang terselamat selepas mereka melompat keluar dari kapal dan kemudiannya di permukaan laut oleh peronda pantai, angkatan tentera laut serta bantuan nelayan tempatan.
“Usaha pencarian dan penyelamatan masih berlanjutan bagi mencari tujuh penumpang yang hilang.
“Bangkai feri yang terbakar ditarik ke pesisir pantai dan menemukan 18 mayat lain di dek kabin penumpang kelas murah,” jelasnya.
Gabenor itu menambah, siasatan sedang dilakukan dan terdapat penemuan bahawa ada sebilangan penumpang menaiki feri secara haram. – JURNAL