Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 31 pelajar sekolah menengah dan rendah mengharumkan nama negara di persada dunia apabila berjaya meraih tiga hadiah utama di 27th Folkhore International Festival & Competition ‘Etoiles De Paris’ 2023.
Pertandingan yang berlangsung pada Rabu itu menyaksikan kontinjen negara cemerlang dalam setiap kategori dipertandingkan.
Tiga kategori yang disertai kontinjen Malaysia ialah Children yang disertai pelajar sekolah rendah berusia 8 hingga 12 tahun iaitu, 10 penari dan tujuh pemuzik (live traditional intrumens.
Kategori Junior 1 pula terdiri daripada pelajar sekolah menengah berusia di antara 13 hingga 15 tahun merangkumi 8 orang penari dan lagu minus one.
Sementara itu kategori Junior 2 melibatkan pelajar sekolah memengah berusia 16 hingga 18 tahun, terdiri daripada enam orang penari dan lagu minus one.
Menerusi tiga kategori ini, kontinjen negara berjaya menunjukkan persembahan cemerlang menerusi tarian Live Music dan Tarian Pelanduk, Tarian Piring dan Tarian Masri.
Lebih membanggakan, para pelajar sekolah rendah dan menengah yang mewakili negara ini berjaya menewaskan peserta-peserta dari negara Eropah dan Asia.
Sebanyak 126 penyertaan diterima pada tahun ini, yang majoriti penyertaan adalah daripada Eropah, tiga pasukan Indonesia dan satu dari Malaysia mengikut kategori berasingan.
Koreografer yang terlibat ialah, Johari Ibrahim (SK Kota Perdana Pahang, Tarian Pelanduk), Mohamed Hanafi Wahab (SK Kampung Medan, Tarian Piring) dan Mohd Zulhafiz Mohd Zubir (SK Bukit Jelutong, Taman Masri).
Selain itu, Jurulatih Muzik yang bertanggungjawab ialah Mohd Ridzal Saari (SK Pandan Perdana) dan tenaga pengajar yang terlibat dalam bahagian Teknikal, Busana dan Tatarias pula ialah Onn Ismail Abd Rani (SK Tengku Bendahara Azman 1), Norhaslinda Ahmad (SMK Seksyen 16, Shah Alam) Hazrian Hamzah (SMK Abd Jalil) dan Norhazwani (SK Bukit Jelutong).
Para pelajar Malaysia yang terlibat adalah dari SMK dan SK Bukit Jelutong, SK Kampung Medan, SK Tengku Bendahara Azman 1, SK Setia Alam, SMK Seksyen 16, SMK Shah Alam, SMK Abdul Jalil, SM Sains Kuala Selangor, SAM Muhamadiah Sabak Bernam, SK Kota Perdana, SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad , SMK Teluk Cempedak, SMK Abdul Rahman Talib, SSeM Kl, SSeM Johor dan TKC.
Kesemua pelajar adalah di bawah bimbingan Cemara Seni Selangor Education Dance Shah Alam dan Pahang Esucation Culture Group dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kontinjen Malaysia diketuai Rosmonaliza Ahmad Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Mohd Zulhafiz Mohd Zubir bertindak sebagai Pegawai Penyelaras. – JURNAL