Jurnal Malaysia
  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll
No Result
View All Result
  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll
No Result
View All Result
Jurnal Malaysia

Pasport Rosmah Mansor Dikembalikan, Boleh Lawat Anak Dan Sambut Aidilfitri Di Singapura

21/03/2023
Brader DeebyBrader Dee
in Semasa
Pasport Rosmah Mansor Dikembalikan, Boleh Lawat Anak Dan Sambut Aidilfitri Di Singapura

Follow:

Facebook Twitter Instagram Telegram Tiktok Linkedin

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Rayuan pada Selasa membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk pelepasan sementara pasportnya bagi membolehkan dia berlepas ke Singapura untuk melawat anak perempuannya dan seorang daripada cucunya yang tidak sihat.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn tidak membantah permohonannya.

Datin Seri Rosmah

Hakim Kamaludin berkata, memandangkan tiada bantahan oleh pihak pendakwaan terhadap permohonan itu, mahkamah sebulat suara memberikan perintah itu mengikut terma.

Terdahulu, peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu memohon kebenaran mahkamah untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya bagi membolehkan beliau pergi ke Singapura untuk melawat anak perempuannya dan menantunya serta dua cucu, yang seorang daripadanya tidak sihat.

Beliau berkata, Rosmah akan berlepas ke Singapura pada 23 Mac dan akan berada di negara republik itu selama enam minggu di samping menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana, sebelum kembali pada 5 Mei.

“Kami berjanji untuk memulangkan pasportnya ke mahkamah dalam tempoh seminggu selepas dia kembali,” kata Jagjit Singh.

Poh kemudian mencadangkan agar Rosmah memulangkan pasportnya pada atau sebelum 10 Mei.

Pasport Rosmah disita oleh mahkamah pada 2019 selepas dia didakwa bagi pertuduhan rasuah.

Pada 1 September tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan yang kini merupakan hakim Mahkamah Rayuan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion.

Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak, bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun; di samping denda RM970 juta, yang jika gagal dibayar akan boleh membawa kepada hukuman penjara 30 tahun.

Dia didakwa terhadap satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rayuan Rosmah terhadap sabitan, penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak itu ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan selama empat hari mulai 11 Julai.

Turut mewakili Rosmah, yang hadir di mahkamah pada Selasa ialah peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Azrul Zulkifli Stork. – JURNAL

Sumber: BERNAMA

Previous Post

Ariani Lancar koleksi Ariani Layar Raya 2023: Perkenal Aryan Dan Duta Baharu, Lisa Surihani

Next Post

Asyraf Wajdi Arah Mara Ambil Tindakan Segera Keluhan Balu Tragedi Berdarah Kampung Tanduo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Hari Ini

  • [V] Pelawak Singapura Perlekeh Dan Hina Malaysia, Undang Kemarahan Netizen

    [V] Pelawak Singapura Perlekeh Dan Hina Malaysia, Undang Kemarahan Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lelaki Berlagak Samseng Pukul Kepala Pemandu Wanita, Ditahan Reman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anwar Sahkan Polis Siasat Sanusi | Ramalan KJ, Hishamuddin | Buli Pemandu Wanita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Minta Pelayan Panggil ‘Abang’ Atau ‘Baby’ Tetapi Dipanggil ‘Pakcik’, Punca Lelaki Mengamuk Di Restoran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “PRN UMNO Bungkus” – KJ Tinggalkan Komen Di Instagram Hishamuddin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Vida Nak Ambil Alih TRW, Hantar Surat Dulu…” – Pemilik Kelantan FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fenomena Bau Wangi Timbulkan Tanda Tanya Orang Ramai – “Kenapa Ada Bau Wangi Dua Tiga Hari Ni?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Kalau Dia Salah Pun, Apa Hak Kau Tepuk Kepala Dia?” – Netizen Gesa PDRM Cari Samseng Berlagak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Apakah Kerana Gelojoh Kuasa, Sampai Korbankan Prinsip Perlembagaan? – Anwar Bidas Sanusi Sekal Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penoreh Getah Mengaku Tidak Bersalah Biarkan Anak Perempuan Makan Biskut Kanabis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Popular Minggu Ini

  • [V] Gadis Berusia 16 Tahun Maut Dihempuk Dengan Bongkah Batu, Ditikam 21 Kali Oleh Teman Lelaki

    [V] Gadis Berusia 16 Tahun Maut Dihempuk Dengan Bongkah Batu, Ditikam 21 Kali Oleh Teman Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tergamaknya! Suri Rumah Dan Suami Pukul Ibu Strok Sampai Mati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Teman Lelaki Tikam, Toreh Dan Bakar Kekasih Dua Kali Kerana Mahu Sembunyikan Kehamilan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Penamatan Kontrak Md Nasir Dibuat Ahli Lembaga Finas” – Fahmi Fadzil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pelawak Singapura Perlekeh Dan Hina Malaysia, Undang Kemarahan Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lelaki Berlagak Samseng Pukul Kepala Pemandu Wanita, Ditahan Reman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tikam Dada, Kelar Perut Kekasih Hamil Empat Bulan: Lelaki Dituduh Bunuh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taufik Hidayat Pertikai Lee Chong Wei Tersenarai Dalam Hall Of Fame

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas Tutup Dua Jabatan Pembuatan, Panasonic Tawar MSS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [Foto] Perkahwinan Mewah Putera Mahkota Jordan, Puteri Rajwa Jadi Tumpuan Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Popular Bulan Ini

  • Teman Lelaki Tikam, Toreh Dan Bakar Kekasih Dua Kali Kerana Mahu Sembunyikan Kehamilan

    Teman Lelaki Tikam, Toreh Dan Bakar Kekasih Dua Kali Kerana Mahu Sembunyikan Kehamilan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bunuh Adik Kandung Sendiri, Bekas Atlet Ragbi Sabah Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sebanyak 436 Keping Gambar Diperoleh Daripada Telefon Bimbit Ustaz Ebit Lew

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Wanita Buat Konten Lucah Sembang Fasal Teknik Hubungan Seks, JAKIM Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Gadis Berusia 16 Tahun Maut Dihempuk Dengan Bongkah Batu, Ditikam 21 Kali Oleh Teman Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Edar Dadah, Bekas Ketua Polis Dihukum Penjara Seumur Hidup

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mangsa Pembunuhan Kejam Kekasih, Anak Yatim Piatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Suka Tayang Beg Mewah Di Media Sosial, Ketua Pengarah Kesihatan Diarah Isytihar Harta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dek Kerana Tamakkan Harta, Suami Sanggup Upah Anak Saudara Dan Adik Ipar Bunuh Isteri Pertama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pembantu Rumah Ditemukan Lesu Dirantai Di Dalam Bilik Air Diselamatkan Orang Ramai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Semasa
  • Bisnes
  • Politik
  • Gaya Hidup
  • Sukan
  • Poll

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist