Gara-gara memakai pakaian yang tidak mematuhi kod etika ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen, seorang wanita ditegur dan diminta keluar dari bangunan.
Wanita tersebut yang dipercayai pembantu kepada seorang Ahli Parlimen dari Sarawak ditegur kerana memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.
Memetik laporan media, dia yang baru kali pertama hadir ke Parlimen telah ditegur dan diminta keluar oleh seorang lelaki yang dipercayai Ketua Keselamatan di situ.
Dikatakan, wanita terbabit terlebih dahulu telah diberi pilihan untuk menukar skirt yang dipakainya jika mahu kekal berada dalam bangunan rasmi kerajaan itu.
Menurut pegawai Parlimen terbabit, skirt yang digunakan wanita berkenaan bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.
Difahamkan, wanita berkenaan adalah pembantu kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching iaitu Dr Kelvin Yii Lee Wuen. – JURNAL
Sumber: BERITA HARIAN